Ahad, 13 Disember 2009

gaya sopan ke majlis rasmi

kesalahan memakai baju bagi wanita bertudung

http://202.75.42.77/~scooters/gambaq/caraaurat2.jpg

teknik pemakaian tudung hawa

TEKNIK PEMAKAIAN TUDUNG HAWA EKSLUSIF

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 495x640.

menggayakan tudung permata 7

Menggayakan Tudung Permata 7









tudung bercorak

cara pakai tudung petak jadi selendang dengan jayanya.LANGKAH 1 : Cari mana-mana tudung petak yang sesuai. Kalau boleh haruslah cantik bahagian tepi supaya errr.. haa supaya nampak cantiklah kan muka anda. Okay kemudian pin tudung anda dengan kemas, sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.


LANGKAH 2 : Haaa step kedua ni susah sikit nak explain. Untuk lilit melilit HARUSLAH *okay wajib sebenarnya* ambil bahagian tengah tudung instead of bahagian tepi supaya lilitan anda boleh sampai bawah dagu untuk diselit. *aku harap kau faham nazz sebab aku dah taktau nak explain macam mana dah ni hahaha* Okay boleh tengok gambar di bawah untuk lebih pemahaman.
Haaa see i amek yang tengah kan?

INGAT!! JANGAN AMBIL YANG TEPI UNTUK LILIT SEBAB NANTI TAK SAMPAI BAWAH DAGU.

So far faham tak? Hahaha lame gila siap snap gambar AMARAN.

LANGKAH 3 : Lilit selagi terdaya.
Lilit lagi okay.

LANGKAH 4 : Selit bawah dagu. Untuk lebih kemas dan tak bergerak, pin sekali selitan tu dengan yang mula-mula pin tadi. *okay kalau tak paham abaikan haha. tapi harus pastikan kemas dan selesa.
see see i dah selit kan?

Okay up until this step anda akan dapat ini;

tanda peace bukan bermakna udah selesai kawan-kawan sebab belakang akan jadi macam superman kalau anda biarkan macam ini sahaja. *lupa ambil gambar belakang*

Jadi pastikan anda kemaskan depan belakang mengikut kreativiti anda supaya jadi lebih kurang macam ini :

gaya wardina

http://i120.photobucket.com/albums/o171/sarahhana/GayaDina.jpg

ikatan mudah untuk bersantai

(a)pilih selendang panjang yang mempunyai fabrik seperti kain guni.Gunakan skaf keras atau AWNING agar tudung lih mudah dibentuk.
(b)kenakan selendang pada kepala dan pin pada belakang tengkuk dengan selesa.Sematkam jarum peniti agar selendang tidak terbuka dan mampak kemas.
(c)silangkan kedua2 bahagian selendang dan bawa ke hadapan.
(d)Ambil sebelah bahagian dan bentukkan selendang secara membulat.
(e)Ambil sebelah lagi bahagian selendang,bawa ke bahu kanan dan pin dengan jarum peniti.Pastikan selendang tadi susun dengan kemas pada bahagian hadapan...

7 tip tampil cantik dengan tudung

ramai remaja memilih tudung bawal sedangkan tudung tersebut agak mahal terutama yang mempunyai sulam banyak ataupun fabrik yang baik.Sebenarnya seseorang itu masih lagi boleh nampak cantik jika memakai tudung bercorak yang hanya berharga RM10 sahaja jika mengetahui pelbagai cara untuk menggayakan dan mengikatnya.Semak beberapa tip yang diberikan dibawah,mungkin ia boleh memberi idea dan membantu kamu dalam memilih pakaian dan tudung yang bersesuian untuk digayakan ke mana-mana majlis..
(a)Thukah kamu,tudung bercorak belang

Sabtu, 12 Disember 2009

ringkas dan padat

pemakaian selendang dengan kemas



1. Pakai selendang dan pinkan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang
2. Tarik bahagian selendang yang panjang dan lilit ke atas kepala
3. Selitkan bahagian hujung selendang yang berlebihan di bawah dagu
4. Tarik bahagian selendang yang pendek dan pinkan di belakang bahu supaya bahagian depan membentuk segitiga
5. Tadaaa...dah siap. View bahagian hadapan

penggayaan tudung ke pejabat

penggayaan tudung


Pemilihan tudung tingkatkan penampilan

PEMAKAIAN tudung sudah menjadi satu kelaziman di kalangan wanita Islam di negara ini dalam memenuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yang telah disyariatkan.

Tanpa meminggirkan niat asal tersebut dan seiring dengan perkembangan semasa, tudung menjadi sebahagian elemen fesyen yang sedikit sebanyak berperanan meningkatkan penampilan diri wanita muslimah.

Pemakaian tudung dan selendang di kalangan wanita masa kini semakin hari semakin kreatif lebih-lebih lagi dengan rekaan-rekaan yang menarik dan bervariasi.

Bukan saja di kalangan remaja bersekolah, pemakaian tudung jelas bertambah meluas di kalangan suri rumah, golongan profesional, selebriti, tokoh pemimpin, sehinggalah kepada kerabat diraja.

Begitupun, masih ramai wanita yang tidak memahami pemilihan tudung yang sesuai dengan bentuk muka, warna yang sepadan dengan pakaian, tempat yang dihadiri dan sebagainya.

Menurut pereka fesyen dan tudung serta pemilik Rousse Design, Rosemawati Md. Noh, apabila berbicara tentang tudung, terdapat beberapa pecahan mengenainya. Tudung boleh dibahagikan kepada anak tudung, tudung empat segi, selendang, tudung sarung, serkup, topi dan turban.

Tudung empat segi yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu pula dibuat daripada beberapa jenis kain seperti kain bawal, sifon dan polyana (campuran poliester dan kain kapas).

‘‘Hanya beberapa jenis kain sahaja yang sesuai dan cantik untuk membuat tudung seperti sutera, sifon dan bawal,’’ kata Rosemawati.

Sementara itu tambah beliau, kain memeri (stretchtable) dan kain spandex menjadi pilihan pereka tudung untuk membuat tudung sarung kerana kain jenis itu berat dan terletak cantik di atas kepala apabila memakainya.

Turban juga sesuai dibuat daripada kain memeri, namun ia bergantung kepada rekaan turban itu sendiri. Selain kain memeri, turban turut sesuai dibuat daripada kain kapas di mana pemakainya tidak akan berasa terlalu panas.

Rosemawati yang menghasilkan pelbagai rekaan tudung dan hiasan di atas tudung turut mencipta topi kait yang dibuat daripada benang bulu dan pemakaian topi ini sesuai dengan baju berleher turtle neck. Topi jaring pula dipakai sebagai hiasan di atas kepala selepas memakai tudung.

Namun rekaan tudung Rosemawati yang lebih eksklusif adalah tudung empat segi bawal berhias manik. Manik-manik Jepun yang halus, berkilat, tidak luntur warna dan tidak mudah pecah dijahit di atas bahagian kepala (berbentuk seperti cekak), di bahagian tepi tudung atau sudut sahaja.

‘‘Tudung eksklusif ini dibuat daripada kain bawal jenis A yang lembut, tidak berbulu apabila dibasuh, tidak panas dan selesa dipakai,’’ ujar Ros.

Beliau berkata, bagi membuat tudung ini, memerlukan kain bawal jenis A sepanjang 1.2 meter. Kemudian bahagian tepi tudung dijahit halus.

Seterusnya manik halus dijahit pada dua bahagian tepi tudung. Bagi jahitan manik untuk atas kepala, lipat dua tudung bentuk tiga segi dan jarakkan setengah inci daripada bahagian tepi atas tudung.